Hi, Okay ni Cik Fatin kita la ni nak sangat taw pasal outfit yg kena untuk dia. Yup, dia sangat supportive and excited bout me getting married. Okayla frankly speaking, Sarah takdelah bridesmaid yg pakai baju macam gini...
..pix from Renee..
Yes, Sarah takde pun bridesmaid yg pakai sedondon gini. Kerana? Ha, Sarah takde bugdet untuk sponsor diorang (sendiri pun tak cukup nih..hehe). Sarah and en. tunang baru je 2 tahun bekerja, so paham2 je la... hehe.. Cuma family je yg dapat kain sedondon ni.
Tapi kawan2 cakap nak ikut theme family, so Sarah asked them to wear something pink; soft pink actually. Warna family Sarah nanti lebih kurang macam ni:
..pix from Renee..
Yup, this is the color; very soft pink. Okay, sini macam nak bagi pendapat je la (walaupun Sarah takde gadis2 dulang nih...). Bagi Sarah, dari segi pemilihan kain, the best is adalah kain kosong. Tak kisahlah material apa pun. Coz selalunya baju pengantin da ada laces and beads and ditambah dgn aksesori; veil, tiara semua tu, so kan manis kalau pengapitnya berbaju kain plain, takdelah berserabut sangat nanti bila nampak dalam gambar.
Off course bridesmaid bley juga patch laces or beads untuk tambah seri lagi =) Selain dari tu, design yg cantik untuk bridesmaid ni adalah kurung moden. Kurung moden ni macam2 design sebenarnya, apa pun bergantung pada potongan badan seseorang tu. Kaftan or jubah pun boleh, tapi Sarah ni type yg suka baju2 tradisional ni; kurung riau and kurung moden (><).
..Sopan and cantik dengan brooch besar tu..
..Yang ni pun okay, belum dikira over lagi...hehe..
..Yg ni cantik cuma tak perlu ada veil..
..pix from google..
Baju kurung moden lah yg Sarah rasa paling cun dengan bridesmaid. Tapi tu la, haruslah tak over dari pengantin coz sometimes ada pengantin yg berbaju kurung moden sahaja especially time nikah. Maybe kita akan nampak cantik dari pengantin tapi lepas tu akan dengarlah suara2 sumbang makcik2 "pengapit dia tu tak macam over sangat ke??". Isk, Sarah memang tak suka nak dengar gitu...
Selain dari tu, kurang minat bridesmaid yg memakai baju kain jarang. Sebab macam Sarah la, majlis Sarah adalah "Majlis Kesyukuran Sempena Pernikahan". Itulah yg tertulis di kad. Jadi bila bridesmaid berbaju jarang ni, tak sedap plak pak aji and imam memandang. Lagi pun bridesmaid akan menemani pengantin most of the time, so apa salahnya berbaju sopan kan? Sometimes less is more =)
Apa pun, pilihan kain plain yg ditambah laces/ beads dan dijadikan baju kurung moden adalah yg terbaik untuk bridesmaid. Bridesmaid kena bergaya jugak sebab dalam kebanyakan gambar akan terselit muka anda (^^). Daaaaaaaaaaaaa..........
No comments:
Post a Comment