Showing posts with label ..Bunting... Show all posts
Showing posts with label ..Bunting... Show all posts

Wednesday, 23 November 2011

Bunting Konon Hot!! (><)

Salaam...
Haha, dengar tajuk pun da taw kan??? Ni nak cakap pasal bunting kami la ni. Setelah en. tunang bersetuju nak design kan, ha terkial2 jugak la jadinya. Siap je 1 design, anta kat Sarah n Sarah akan check. Kalau Sarah tak kenan, kena la en. tunang adjust balik... kesian jugakla kat dia =P

Nak kata design kami ni gempak, tak jugak. Maklumlah dua2 student engineering, manala kitorang taw bab ala2 graphic design ni. Mmg tersiksa gak la. Actually Sarah bley je nak design kan, tapi dalam lappy yg baru ni takde photoshop. Lappy lama Fujitsu (yg da jahanam) tu ada la photoshop. So bahagikan kerja, Sarah do the pix editing and en. tunang design bunting mengikut ideaku....huhu..
Mula2 tu serahkan 100% kat en. tunang termasuklah pemilihan gambar, tapi ntah nape pix yg en. tunang pilih sumenya nampak Sarah cam gumuk and sengih over excited =D <--------- tak suka la!!!! Jadi tu pasal la Sarah pilih pix sendiri. Kami pakai pix tunang je sebab blom pegi tangkap pix "save the date" lagi (-- )'

Dari beratus2 pix tu Sarah shortlisted kan dua pix which this is one of it.

Okay, memandangkan 1 je bunting yg ada pix, kena la buat pilihan kan. And lagi 1 bunting tu cuma tulisan sahaja. Kami ada masalah nak design bunting tulisan coz without pix, nampak plain sgt. Tapi tak kisah sgt sbb free je pun..

Ni la pix bunting yg da di-design, cuma blom hantar print je lagi. Mmg simple pun tapi kami suka. (lebih tepat kan da cakap kami tak tahu design..haha). Pix yg dipilih pun konon2 Sarah nampak kurus la...haha. Kalau print nanti, keluar sebijik camni, well mmg rasa puas hati la... hehe..

Da tak surprise da muka en. tunang. Janji nak reveal time kawen <------------ ye2 jeeeee...haha.. Takpela, kira rezeki korang la kan Sarah nak tunjuk awal sebulan nih.. hehe.. Daaaaa....

Wednesday, 2 November 2011

..Bunting Kahwin..

Saalam...
Nak cakap pasal bunting kahwin . Menda ni macam tak wajib, tapi Sarah dapat 2 bunting free dari tempat Sarah order card. Dapat free sebab book dgn dowang time kat Pameran Pengantin. Lagi dapat free 1000 pcs kotak doorgift which is Sarah n encik tunang tamau guna pun. Jadi akan dijual dgn harga murah. Feel free to email me if nak tgk sample ke apa k

Ok, balik semula kepada citer bunting ni. Sarah sebenarnya adalah sangat tak kenan ngan design bunting dowang yg da sedia ada (kadang2 mesti mau cerewet jugak..hehe..). Kalau encik tunang lagi la, taste dia higher than my taste. Tapi nasib je dia tak ikut ke kedai card hari tu masa Sarah nak finalise draft kad kahwin kami. Agaknya if encik tunang tgk design bunting dia, bley muntah darah kot. (<----- statement yg kejam)

Sebenarnya takde nak buruk2kan kedai ni pun. Cantik tak cantik ni bergantung pada mata masing2. Sarah tgk couple2 laen ok je. Dowang suka je. Takde complaint2 pun (maybe sebab dowang punya pun free... ekekeke...). Tapi Sarah pun tak complaint gak k (aku baik taw...). Cuma Sarah mintak encik tunang buat design je.. hehe.. Sarah siap snap lagi pix bunting contoh yg ada n bbm kat encik tunang dan dgn rela hatinya dia mintak kawan dia tolong ajar dia design kan..hahaha..(da kata da dia cerewet!).

Takde masalah pun tuan kedai ni kata kalau kami nak design sendiri. Just nanti submit and they all akan tolong print untuk kami. Ok la, kami pun nak jaga hati kedai jugak kan (errrr...perlu ke?). Ok la.. Nanti if da ciap bunting yg di design sendiri itu, inshaAllah Sarah upload kat sini k.. Daaaaaaaaa....