Wednesday 30 November 2011

Baju Nikah...

Saalam...
Yes baju nikah da ciap! Klakanya dia ni, takde citer pun pasal baju idaman, tup2 baju da ciap..hehe.. Well Sarah tak berapa kisah pasal baju2 ni asalkan match dengan Sarah. kalau nak kata cantik, mestila nak yg....

 ..Sorry, tak dapat lari dari warna putih (^^)..

 ..Cantik, tapi tak sesuai untuk den yg bertudung nih..

 ..This one, just perfect for me (perasan~)..

..Rasanya yg ni if jadi baju mesti cantik gila2 punya (Oo)..
..Gedik nak yg Rizalman je..haha..
..pix: google je..

Lagi 1 yg Sarah rasa cantik adalah...

 ..1st tgk pix ni dalam Majalah Pengantin, mmg jatuh cinta (^^)..

 ..Kalau kawen kat hotel sesuai la kot kan?..

 ..Cantiknya!!!!..

Mestilah from..

Baju diorang2 ni semua gorgeous.. Ni dok cakap pasal baju orang, baku sendiri tak start citer lagi.. Sarah punya baju untuk nikah kebaya je.. Biasa2 je.. Tak rasa nak buat kurung moden sebagai baju nikah sebab baju petang pun kurung moden gak.. Sebab tu pilih kebaya. Tapi saat terpandang baju ni....


Terasa menyesal pun ada tak buat baju nikah gini...uwaaaaaaa!!!! Inilah yg dikatakan sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. My wedding is just 3 months away!!! (TT)

Baru kat atas tadi kata tak kisah, tapi ni macam kisah je...errrk! Hehe... Okay baju nikah tu da ciap da, tapi tak pergi2 tgk lagi.. hehe.. Nanti kalau da fitting tu Sarah bitaw k. Daaaa...

Bride's-mate (^^)

Saalam...
Rasanya belum terlambat nak cakap pasal bridesmaid. Apakah ciri2 untuk memilih bridesmaid? Okay, for me I'd rather call it bride's mate and not bride's maid sebabnya Sarah tak la buat dia macam maid pun ( ye tak, aten? hehe...). Seperti yg sedia maklum, Sarah ni tak bersanding, jadi lebih memerlukan seorang 'mate' (sahabat) yg akan sentiasa disisi Sarah untuk menenangkan Sarah nanti =)

Bagi Sarah, Sarah prefer sahabat yg ngam dengan Sarah berbanding yg telah lama berkawan. Emmmm... nak cakap camne eh? Sometimes walaupun da lama berkawan, belum tentu memahami. Betul tak? Mula2 susah jgk nak pilih sebab ada 3-4 orang yg ngam dgn Sarah. Sorang da kawen, so tak bley jadi bride's mate...hehe.. Yg lain tgh study jadi lebih senang untuk Sarah buat pilihan. Kalau yg study tu, tanakla Sarah call2 diorang untuk cerita persiapan semua, mcm tak sesuai je nak kacau...kan?

Sarah punya bride's mate ni nak kata lama berkawan, tidaklah, maybe dalm 2-3 tahun je gitu.

..Ni lah cik bride's mate..

Namanya Fatin. Kenalnya sebab Sarah n dia punya bf (soon is goin to be fiance, ahaks!) classmate masa dekat universiti dulu. Sarah pilih dia sebab dia ni senang untuk berbual. And if kita tanya pendapat dia, dia akan jawab yg honest (atleast Sarah nampak gitu) means that if tak cantik dia kata tak cantik (tapi selalunya tanya sume cantik je =P). Anyway, love you aten!

Thursday 24 November 2011

Signage Kami.. Ngeeeeee.......

Salaam...
Okay, signage da siap. Satu kemestian dalam sesuatu majlis. Sure la kita tamau tetamu kita lost kan? Bagi Sarah signage ni pun penting taw dari segi appearance dia. Sebab signage and kad bley melambangkan how the ceremony will be.

For example,sebelah bride, off course la Sarah yg kena buat. Sebelah groom, Kak Uyaa tlg buat. Signage buat simple jeee. Signage Sarah sengaja Sarah buat tak formal melambangkan majlis Sarah yg chill2 gitu, dekat tempat terbuka dan under kanopi. Sarah gunakan pink sebab kaler theme majlis Sarah, tapi tak masukkan biru coz takut nampak tak serius kat signage tu. That is why replaced by grey.

..Signage ni eventhough santai,tapi serius.. (bagi Sarah la...hehe..)..

Lagi satu, sengaja je print berwarna and buat lain sikit sebab nak bagi contra dengan signage2 majlis orang lain yg dok lekat kat tiang2 traffic light tu.. Nanti kang if buat black and white and font dok guna new times roman or arial, kat tiang tu ada tergantung lagi 2,3 yg gitu gak. So ini kan buatkan tetamu Sarah kena baca betul2 dulu before tgk arah arrow.

Untuk sebelah encik tunang, signage adalah berkeadaan serius. SERIUS. Sebabnya majlis tu dihadiri oleh kawan2 Dr. Kamal (soon abahla~), so mmg tak sesuai la nak buat signage chill2 ni. Signagenya akan bersaiz A3 (hahaha....puas hati). Mmg majlis tu formal sikitla, tapi tak la seformal cam kat hotel tu k... Pix signage groom Sarah takde. Kat sini kebanyakan update pasal yg Sarah buat jeee...

Signage macam biasa la kena ada;

24 Disember 2011 <----------- tarikh
Mujahid & Sarah <----------- nama pengantin (kadang2 nampak ada yg bubuh nama parents, no comment)
Arah <---------- haruslah ada arrow
Tu je la kot.. Pix bunga-bungaan da burung2 hanyalah additional (^^). So sesipa yg akan ke majlis Sarah nanti, look out for that signage. Okayla, see u in the next entry.... Daaaaaa.....

1 More Month to Go!!!!!

Salaam...


Isk, dup dap dup dap. Sebulan je lagi nih.. bersamaan 30 hari je lagiiiiii!!!! Adoi, macamane nih??? Perasaan?? Well, excited, nervous, sikit stress...hmmm.. ntahhla, semua bercampur. Terfikir how should i react masa menunggu diijabkabulkan. But sure tak perlu fikir coz masa tu sure reaction spontan kan? Tapi aku nak buat muka macamane masa duduk atas bantal nikah while all of the eyes are staring at me????

Sebenarnya Sarah ni ketakutan sebabbbbbbbb........... Sarah ni cengeng sikit la. But bukan cengeng tak bertempat taw, cuma ye la, uolls paham2 je la, keadaan masa tu mesti cam sebak2 kan? Uwaaaaaaaaa!!!!! Takut termenangis je.. huhu.. I can tell witout lafaz sakinah tu pun Sarah bley nangis taw. But there won't be lafaz sakinah during my nikah.


Lepas ni counting days la sebab masa cepat berjalan. I have some preparation still need to be done (--') Harapnya semua lancar la... Daaaaa....

Wednesday 23 November 2011

Bunting Konon Hot!! (><)

Salaam...
Haha, dengar tajuk pun da taw kan??? Ni nak cakap pasal bunting kami la ni. Setelah en. tunang bersetuju nak design kan, ha terkial2 jugak la jadinya. Siap je 1 design, anta kat Sarah n Sarah akan check. Kalau Sarah tak kenan, kena la en. tunang adjust balik... kesian jugakla kat dia =P

Nak kata design kami ni gempak, tak jugak. Maklumlah dua2 student engineering, manala kitorang taw bab ala2 graphic design ni. Mmg tersiksa gak la. Actually Sarah bley je nak design kan, tapi dalam lappy yg baru ni takde photoshop. Lappy lama Fujitsu (yg da jahanam) tu ada la photoshop. So bahagikan kerja, Sarah do the pix editing and en. tunang design bunting mengikut ideaku....huhu..
Mula2 tu serahkan 100% kat en. tunang termasuklah pemilihan gambar, tapi ntah nape pix yg en. tunang pilih sumenya nampak Sarah cam gumuk and sengih over excited =D <--------- tak suka la!!!! Jadi tu pasal la Sarah pilih pix sendiri. Kami pakai pix tunang je sebab blom pegi tangkap pix "save the date" lagi (-- )'

Dari beratus2 pix tu Sarah shortlisted kan dua pix which this is one of it.

Okay, memandangkan 1 je bunting yg ada pix, kena la buat pilihan kan. And lagi 1 bunting tu cuma tulisan sahaja. Kami ada masalah nak design bunting tulisan coz without pix, nampak plain sgt. Tapi tak kisah sgt sbb free je pun..

Ni la pix bunting yg da di-design, cuma blom hantar print je lagi. Mmg simple pun tapi kami suka. (lebih tepat kan da cakap kami tak tahu design..haha). Pix yg dipilih pun konon2 Sarah nampak kurus la...haha. Kalau print nanti, keluar sebijik camni, well mmg rasa puas hati la... hehe..

Da tak surprise da muka en. tunang. Janji nak reveal time kawen <------------ ye2 jeeeee...haha.. Takpela, kira rezeki korang la kan Sarah nak tunjuk awal sebulan nih.. hehe.. Daaaaa....

Tuesday 22 November 2011

Thank You Tags

Salaam..
Okay hari semakin dekat dan menda yg leceh2 kebanyakannya da siap. Cam thank you tag ni. Kalau takde thank you tag cam tak best je. Macam tak dapat nak ekspes how grateful we are kepada mereka2 yg sudi datang and meraikan.

For me, thank you tag ni Sarah lebih suka letakkan kata2 appreciation kepada tetamu over than "Sarah & Mujahid forever 24.12.11" <----------- ada ke orang tulis gini??? Haha... Kata 2 appeciation tu lebih kurang camni la " Terima kasih kerana meraikan mempelai" ke or lebih tepat lagi mmg sebijik mcm thank you tag Sarah kat bawah ni...



Okay thank you tag ni Sarah print sendiri je (secara freeeeeee...ngeee....). Buat semua 1500pcs. Jenuh gak menggunting tu tapi siap dalam seminggu je (><). Ikutkan bley sgt nak pakai cutter tu tapi masalahnya Sarah nak gunting cantik2..hehe.. So kena la buat satu2.



Sarah guna gunting yg bercorak2 tu, cute tak? hehe.. Gunting ni senang dapat, mana2 stationary shop ada, and tesco pun ada. Thank you tag ni akan digantung di luar paper bag. Rasa puas sbb dapat thank you tag macam yg Sarah nak.

Kepada sesiapa nak cari kedai print murah, Sarah ada tanya beberapa kedai sebelum ni. Kalau kat Pertama Complex, kalau print dalam 100 helai diorang bley bagi RM1.00 sehelai. Ni print color taw. Tapi kalau nego, Sarah rasa bley kurang lagi. Tapi yg paling murah Sarah jumpa untuk print color ni kat Kg. Baru. If korang familiar dengan area situ, taw tak flat PKNS yg dekat dgn putra train tu? Kat bawah flat tu ada kedai nama printing.com. Dia nak bagi sehelai 50 cen je. Tapi Sarah tak sure la dia guna inkjet or laser printer. Tapi zaman skang mana ada da kedai printing guna inkjet kan (melainkan kedai tu mmg kuno gila laaa...). Okay la.. Hopefully dapat la tlg sape2 yg tgh cari kedai print murah.. Daaaaaaa...

Sunday 20 November 2011

..Something That We Like..

Salaam..
This time goin to talk about my wedding video. What will it be? Ada elemen2 romantik ke, cam terharu ke apa? Lagu? Cam rancak2 ke? Okay sebenarnya on 12 November hari tu kami ada meeting dgn videographer kami; Hora Horey atau pun skang nama dia da tukar ke Style Weddings.

Ni kiranya perjumpaan kedua kami after jumpa 1st dulu masa nak booking. On that day we met Mr. Hairul, comel dan sgt2 polite orangnya. Layanan yg diberi sgtla sopan and warm greetings. Actually staff dia yg laen pun sume okay, Sarah bley cakap diorang ni very helpful and friendly.

Sebenarnya kan kami patutnya jumpa dia kul 11 pagi, tapi kami terlewat setengah jam gitu (biasalah, janji Melayu..hehe...). Salah Sarah gak, tapi paham2 la Sarah dari KL, office diorang kat bangi and drop by amek encik tunang dulu (sebab dia pun dok bangi). Tapi luckily masa kami sampai tu ada orang lain yg tgh jumpa Mr. Hairul ni. (jadi sedapla sikit hati aku ni..hehe.. dan rasa bersalah sbb terlewat berkurangan ;p). But we did informed that we're goin to be late.

So apa yg kami bincangkan hari tu? Kami bincang itinerary majlis. Pukul berapa start shoot sume. Satu camera man akan ke rumah encik tunang gak untuk merakamkan saat beliau bersiap. Dan lagi satu tu off course dgn Cik Sarah la.. Mula2 tanya dia ada tak female camera man tapi diorang takde, so mmg kena pakai tudung dari diorang masuk bilik la..

Okay selain dari tu kami dah ada lagu untuk digunakan dalam video tu nanti.. Tapi tamau citer now, tak surprise la nanti kan... Okay selain tu, En. Hairul ni mmg senang sgt discuss dgn dia. Dia taw apa yg Sarah nak. Masa tu ada tunjuk dia satu video ni; video solemnization yg Sarah suka in terms of cara video itu di-shoot. Baru je play En. Hairul ni da dapat tangkap "fly cam"!

Katanya, diorang bukan tak bley buat elemen fly cam ni, alatan semua ada, just that menda ni bukan style diorang. Diorang more to sweet2 gitu, katanya. Yup, mmg setiap videographer ada style diorang tersendiri, kira cam trade mark laaa... and yg Sarah jumpa byk elemen ni from MyShot.

Tapi tu la, minta ngan diorang please selit elemen ni coz Sarah suka gila!!! Diorang kata diorang akan cuba.. Weeeeeeeeee (^^)!!!!!! Okay, tak sabar rasanya nak tunggu majlis ni..hehe.. Anyway, pesanan; pilihla ikut citarasa <------------ membantu ke pesanan ni?? Daaaaa.....

Wednesday 16 November 2011

..Perancangan Majlis....

Salaam...
Hi, nak cakap pasal itinerary. Kena buat itinerary since videographer mintak. Okay nak brief sikit pasal majlis resepsi sebelah pihak perempuan ni.

Okay kami akan dinikahkan pada hari yg sama dengan majlis perempuan; in that very morning. Idea comes coz kami memang kalau boleh nak buat sekali je, senang. Tanak berhari-hari coz sure penat gila. So before buat intinerary ni Sarah email make up Sarah, Zaifie Zainal Creations, untuk tanya dia pukul berapa akan start make up.

Selain dari tu, photographer takde masalah coz pakej kami ni unlimited hours, so diorang da cakap pukul bape orang make up datang sampaila kami suruh diorang balik,haha....(Kalau tak suruh balik camne eh???).

Okay, dari segi lokasinya, tempat bersiap lain, akad nikah lain and kendurinya lain. Tapi semuanya dekat2 je... Sarah akan bersiap kat hotel and groom akan bersiap dari uma mereka. Akad nikah inshaallah akan dijalankan di Masjid Saidina Hamzah dan kenduri kat rumah Sarah. Tapi masjid dan rumah Sarah cuma 5 minit sahaja; sgt dekat (><).

..Inilah masjid yg bakal menjadi saksi lafaz akad kami; Masjid Saidina Hamzah..

Okay back to itinerary, selain dari tu walaupun majlis dijangka akan tamat pada 5 ptg (dalam kad jemputan da tulis dah...), kami bride & groom ni akan cabut awal untuk sesi outdoor photoshoot. Jadi kepada yg nak jumpa pengantin tu dtg la awal sket k.

Okay so kat bawah ni itinerary sebelah perempuan. Daaaaa.......

Our Wedding Itinerary
 Date: 24th December 2011
Event: Lafaz Nikah & Bride’s Reception (same day)
7.30 am
Start make up & bersiap di Pcific Regency Hotel Suites.
Address:  KH Tower, Jalan Punchak,
                Off Jalan P.Ramlee
                50250 Kuala Lumpur
10.00 am
Bertolak ke masjid.
Address: Masjid Saidina Hamzah       
10.20 am
Ketibaan pengantin di masjid.
10.30 am
Lafaz akad.
11.00 am
Selesai akad nikah. pengantin lelaki solat sunat & sesi bergambar.
12.15 pm
Bertolak ke majlis.
12.30 pm
Ketibaan pengantin. Bacaan doa & makan beradab.
1.15 pm
Azan Zohor.
1.30 pm
Salin pakaian.
2.00 pm
Upacara memotong pulut kuning.
2.15 pm
Pengantin bertemu tetamu.
3.00 pm
Sesi bergambar bersama keluarga dan kawan-kawan.
5.00 pm
Majlis tamat.


Monday 14 November 2011

Owh Candy Bag...

Saalam...
Yuuhuuuuu.... Candy bag? Yeap, 1 of D.I.Y items dalam list kat tepi tu. Sekarang ni sudah in progress, alhamdulillah. Total nak buat sume dalam 1500 pcs (omg, si Sarah ni gila ke???!). Yes, I am. (><) hehe.. Itulah jumlah yg Sarah nak buat.

Kenapa Sarah begitu cekang? Ha, 1st ofcos la nak save budget kan. 2nd is satisfaction. I like this craft thingy actually. Sarah mmg da buat kira2 betul2 da.. Sebenarnya kita ni kena positive je. Kalau semua buat awal, inshaallah mmg sempat.

Sarah start buat ni dalam awal oktober. Sarah dah divide da. If Sarah nak siapkan sume dalam masa kurang 2 bulan (which still left 1 month for me to rest before my big day), Sarah hanya perlu buat 25 bag sahaja sehari. See? Sikit je kan?

Lagi pun yg Sarah nak buat ni mmg yg simple2 je. The idea comes from Majalah Pesona Pengantin (ha, rugi kau tak beli, macam2 aku dapat dari majalah ni). Sarah sebenarnya mmg pembaca tetap majalah ni dan encik tunang adalah my supplier, haha... (Thanks  u...).

So ini adalah sipi2 dari my kerja..

..Cut them off into pieces; must have same length..

..Ni kaler biru punya. Lps potong tu kena bukak twisted paper tu..

..Ni asalnya sebelum diapa-apakan. Rolled and twisted.. 

..Inilah candy bag tu. Ikat dgn kain cotton. Ikut theme; blue and pink (><)..

Sekarang ni da ada dalam 1000 pcs da yang siap. Another 500 tak dapat jalan ari tu coz kaler yg Sarah nak tu papernya da abish. Kena tunggu order sampai. Tapi da jumpa kat kedai laen n ni baru nak sambung. Kalau tak da ciap pun taw...huhu.. Ok la, tu je nak cakap.. Daaaaaaa..

Thursday 10 November 2011

..Kad Kahwin Kami..

Saalam...
Yes, finally my wedding card sudah siap!!! Hasilnya, haha... puas hati! Rasa  puas hati sebab memang kami tak salah buat pilihan. Card ni goes well dengan majlis kami yg simple and sweet. Nak tengok?

..Front cover: Soft pink (very soft) with name printed in silver hot stamping..

Memang simple sangat cover, just nama pengantin and a plain embossed border. But tak nampak kosong sebab font nama pengantin tu besar and hot stamped. Scanned pix looks different from the real ones.

..Inlay: Ayat yang pendek2 dan senang dibaca..

Ayat tu dikarang sendiri. Tak letak pantun2 "mawar direnjis buat mempelai, seri pengantin menghias diri bla bla bla" atau pun "Ibarat Yusuf & Zulaikha dan seterusnya.....". Tiada hadis2 atau doa dari ayat Al-Quran memandangkan kami nak jaga martabat dan kesucian Al-Quran itu. Tanak nanti bila kad dibuang, dgn ayat2 Al-Quran la skali jawabnya..

Kita amek contoh diri sendiri, slalunya if kita dapat kad jemputan kahwin, biasanya kita just baca nama pengantin n tarikh majlisnya saja kan? (tak taw la if ada yg suka baca dari "walimatulurus" sampai "mengundang seisi keluarga kan"?) ;p
Jadi sebab tu lah ayatnya Sarah karang sendiri and make it short and clear. Kad Kak Uyaa and Abang Tawfiq yg dijadikan guidance.

..Sampul cuma letak nama sahaja sebab cam tak cantik nak letak dua2 tarikh kat situ...

Okay, dah tak surprise dah kad Sarah. Don't care..haha.. Janji dapat share dengan uolls! Maka selepas ni giatlah sesi menulis nama dan alamat untuk dipos atau pun by hand. Okay.... daaaaaaa....

Thursday 3 November 2011

..Kad Kahwin..

Saalam...
Rasanya cam da cakap je kat korang yg Sarah book kad kat Pameran Pengantin kan? Okay la, sini nak cerita details pasal kad. Dulu dalam jadual rancang nak tempah kad dalam bulan September. Tapi biasalah, plan tersasar =P

Kami baru tempah kad dalam awal bulan Oktober. Budget siapnya dalam sebulan. Tapi tu la, baru encik tunang cakap nak bawak balik kad ni ke Kelantan untuk raya haji. Nak bagi kat atok n sume2 katanya. Da try cakap ngan orang kedai tu, tapi awal2 dowang kata tak sempat, maybe tgh peak time skang ni.

Kawan Sarah yg baru kahwin bulan Oktober ari tu tempah kat kedai ni jugak.... and kad dia ciap print dalam tempoh seminggu je. So total lakar draft sehingga kad sampai di tgnnya adalah dalam 3 minggu shj. Tu la, padan muka kami tempah lewat lagi.... (TT)

So far kad yg Sarah tempah ni kira ikut lebih kurang apa yg Sarah nak la. Sarah sgt suka kad yg segi empat sama tu...errrr... ke orang panggil segi empat tepat eh? Alamak.. Tak kisahlah orang panggil segi empat apa. Lgi 1 suka sangat kad yg simple. Ulang sekali lagi ye -----> SIMPLE.

Semakin simple, semakin Sarah suka. Pastu tak suka yg byk kaler. Cukuplah sekadar 2 warna. Mula2 tu pilih kaler dark brown, coz nampak macam exclusive sket, tapi bila balik tu macam dok fikir2 takde kena mengena ngan theme pun. Jadi tukarla kepada soft pink.

..pix from google..

Ni adalah kaler yg Sarah sgt suka. Tapi mine is lighter than this. The color actually depends on material. Kalau kad2 biasa yg tak mahal sgt tu mmg takde kaler cantik2 camni. So kaler kad soft pink, tulisannya kami choose grey. Ingat nak choose pink gak, tapi memandangkan Sarah and Encik tunang berkongsi kad, rasanya tak sesuai la, nampak tak rasmi (ntah, i pendapat Sarah je k..).

Pastu kalau banyak duit, ofcos la nak hard cover kan.. ahaks! Tapi mana mampu wooooo.. Gila ke hard cover sampai 5-6 ringgit sekeping? Pastu if darab seribu dah bape tu..?? Tak bley.. Tak bley..Tapi ada sesetengah orang buat macamni, untuk tetamu VIP dowg buat kad hard cover, tetamu biasa ni dapat kad biasa la. Sarah tanak la macam diskriminasi gitu.

Tapi if kowang nak buat hard cover card murah, tempah kat Indonesia. Ini Kak Uyaa yg cakap. Even dgn shipping cost sume, still cheaper dari Malaysia. Nape Sarah tak buat? Ha.. cam malas nak draft kad sendiri and anta kat dowang. Malas nak berbalas email banyak kali. Hehe.. senang kat sini je, tak puas hati pegi ke kedai twos. Tapi kad Kak Uyaa mmg lawa taw... memang berbaloi sgt2. If tak silap, nama kedai kat Indon yg print kad tu is Raihan Card. If korang nak email n nama orang kad tu, just drop me an email n I will reply k!

Sarah tak tahu kenapa tapi bagi Sarah, kad kahwin yg paling elok adalah semi formal gitu. Jangan la nampak budak2 sgt, butterfly sana, kartun sini. Jangan terlalu crowded dgn gambar2 dan tenggelam plak apa yg nak disampaikan. Cukup sekadar dgn kata2 ikhlas menjemput tetamu untuk meraikan hari bahagia kita, tak gitu?

..Cantik and sweet: kaler nice, ada flowery2 and design simple..
..pix from google..

Untuk kad kami, cover depan simple je. Ada embossed border, and tulisan tu hot stamping. Actually can choose if tulisan tu nak emboss jugak. Tapi rasanya pink and silver goes well, jadi mintak la dowg buat silver hot stamping. Memang simple, takde pun pix bakal pengantin. Rasanya surprise la kan lagi besh (^^)

Bagi yg ada duit lebih, bley la letak ribbon macam kat atas tu, kan sweet je nampak. Tapi untuk mereka yg duit lebih je taw.. Memang banyak da yg letak ribbon2 atau ada butterfly or pearls tergantung kat luar kad tu. Mmg sweet sgt.

Kami juga tak letak doa atau potongan hadis sebab kami berpendapat kad tu nanti akan dibuang jugak, jadi rasanya tak perlu la letak. Memang simple, ayat kat dalam pun kami karang sendiri, tak follow contoh kedai punya. Nanti hujung minggu ni da bley amek kad, once ciap, inshaAllah sarah akan upload k. And hopefully menjadi la macamane yg Sarah da order. Risau gak nih..

Okay la, banyak nak upload lepas ni... Daaaaa...

Wednesday 2 November 2011

..Bunting Kahwin..

Saalam...
Nak cakap pasal bunting kahwin . Menda ni macam tak wajib, tapi Sarah dapat 2 bunting free dari tempat Sarah order card. Dapat free sebab book dgn dowang time kat Pameran Pengantin. Lagi dapat free 1000 pcs kotak doorgift which is Sarah n encik tunang tamau guna pun. Jadi akan dijual dgn harga murah. Feel free to email me if nak tgk sample ke apa k

Ok, balik semula kepada citer bunting ni. Sarah sebenarnya adalah sangat tak kenan ngan design bunting dowang yg da sedia ada (kadang2 mesti mau cerewet jugak..hehe..). Kalau encik tunang lagi la, taste dia higher than my taste. Tapi nasib je dia tak ikut ke kedai card hari tu masa Sarah nak finalise draft kad kahwin kami. Agaknya if encik tunang tgk design bunting dia, bley muntah darah kot. (<----- statement yg kejam)

Sebenarnya takde nak buruk2kan kedai ni pun. Cantik tak cantik ni bergantung pada mata masing2. Sarah tgk couple2 laen ok je. Dowang suka je. Takde complaint2 pun (maybe sebab dowang punya pun free... ekekeke...). Tapi Sarah pun tak complaint gak k (aku baik taw...). Cuma Sarah mintak encik tunang buat design je.. hehe.. Sarah siap snap lagi pix bunting contoh yg ada n bbm kat encik tunang dan dgn rela hatinya dia mintak kawan dia tolong ajar dia design kan..hahaha..(da kata da dia cerewet!).

Takde masalah pun tuan kedai ni kata kalau kami nak design sendiri. Just nanti submit and they all akan tolong print untuk kami. Ok la, kami pun nak jaga hati kedai jugak kan (errrr...perlu ke?). Ok la.. Nanti if da ciap bunting yg di design sendiri itu, inshaAllah Sarah upload kat sini k.. Daaaaaaaaa....