Saturday, 28 June 2014

Pengalaman Bersalin; Muhammad

Salam.

Sorry again sebab lambatnya nak cerita. Tapi still cerita gak walaupun sebenarnya da basi. Bukan apa, kemungkinan berguna untuk sesiapa yang bakal melahirkan..

Fyi yg baru je baca kisah aku, setakat ni aku  da ada dua baby. Dua2 hero. So hari ni nak cerita pengalaman masa bersalinkan anak pertamaku; Muhammad. Due date aku 20/11/2012. Tapi aku disahkan mengidap kencing manis orang mengandung (sebabnya terjadi ketika mengandung sahaja kononya). Jadi aku tak dibenarkan over due. Doc da pesan awal2 kalau by 20th tu tak kuat, aku kena admit untuk di induce (masuk ubat untuk paksa baby keluar, please jgn tanya macamne ubat tu boleh paksa baby kuar ye sbb aku bukan budak sains ke medic ke).

Aku dan suami memang da rancang nak bersalin di Az-Zahrah Bangi. Sepanjang aku mengandung 9 bulan tu aku pernah rasa sakit sekali je, masa tu around 8 months kot. Kira false alarm. Masa tu masih waktu persekolahan.  Rasa sakit menyerang tiba2, tak tahu mana yg sakit; perut or kat bawah. Tapi yg aku tahu dia sakit. Terus suami bawa ke Az-Zahrah. Selepas dari tu memang tak pernah rasa sakit da. Even sampaila due aku 20th tu. Aku tak rasa apa2 langsung.

Jadi malam tu juga aku admit. Pukul 10 pm. Masuk je lepas da tukar baju hospital, nurse masukkan ubat untuk lawas (buang segala2 yg ada). Memang lepas masuk ubat tu immediate rasa nak ke tandas. Nurse, u should give some to my hubby.. Hehe..  Hati aku dari on the way nak ke hospital memang berdebar debar (almaklumla anak pertama, takde pengalaman lagi).

Then pukul 3 am nurse masukkan ubat induce tu kat aku. Aku tanya nurse kesan dia berapa cepat, nurse cakap tak tentu. Ada some people da induce 2,3 kali pun tapi jalan tak terbuka lagi. Nurse cakap kalau normal maybe kul 10,11 am gitu. So aku just rilex je la. Aku cuba tidur. Tp tiba2 aku rasa sakit. Tapi sakit yg masih boleh tahan. Tgk ja baru kul 5 am. Nak terkencing pun ada. Cuba bangun tapi sakit tu buat aku susah nak jalan. Lutut menggigil. Aku kejut suami aku yg tidur atas kerusi. Dia tido mati kau... Tak bangun. Lalu aku yg dalam kesakitan hi melangkah sendiri ke tandas. Ahzab jugak, dalam hati harap lps ni jgnla rasa nak terkencing lagi.

Lepas pada tu aku da tak boleh tido. Sakit semakin kerap dan semakin kuat. Mula2 masa contraction tu datang dalam sejam pertama tu mulut ni masih mampu lagi membaca doa nabi yunus "laaiahailaa anta subhanaka inni kuntuminazzolimin" dan "hasbiallah wa ni'malwakeel". Lepas dari tu semakin sakit aku hanya mampu menyebut "astaghfirullah". Tapi masa da dekat pukul 7 aku da tak mampu nak sebut semua tu. Yg keluar dari mulut aku hanyalah "Allah" dengan argggghhh je. Sakitnya tak mampu nak cerita. Aku ada minta suami belikan nasi goreng masa subuh tadi sbb aku cakap aku nak makan. Nak tenaga. Itu yg kwn2 slalu pesan. "Makan walau tak selera". Sbb kita perlukan tenaga nak push baby nanti.

Aku makan tapi tak sampai separuh pun. Aku tunggu suami aku balik dari beli nasi untuk solat sbb aku da tak mampu nak jalan ke tandas. Aku solat duduk atas katil. Tapi baru je nak mula aku terasa macam ada benda keluar da bawah ni. Aku selak kain tengok nampak darah macam darah ketul (macam jelly). Aku pernah dgr la org kata ada org kalau da sampai masa ait ketuban pecah, tapi ada org yg keluar darah. So aku cepat2 minta suami panggilkan nurse. Nurse pun dtg. Masa tu nurse cek keadaan aku and dia offer ubat tahan sakit. Actually ubat tu tak mampu pun menghilangkan sakit contraction ni. Bila contraction tu hilang aku terus tido. Bila contraction datang aku sedar balik. Hehe.. Kiranyaa 5 minit bangun then 5 minit tidur (repeatedly).

Lepas je aku diberi ubat tu, doc aku sampai. Dia cek bukaan aku, masa tu da 8cm macam tu. Apa lagi kelam kabut tolak aku masuk labour room. Haha doc aku cakap patutla muka aku pucat and aku boleh cakap arghhhh je, rupanya da 8cm. Diorang tolak aku masuk labour room around kul 8am. Masa tu aku mmg da lembik sbb tak cukup makan, lupa nak minum air. Masa dalam labour room tu suami ada sekali. Dia bagi semangat and selawat sekali dgn nurses. Tapi apakan daya aku memang da lembik menahan sakit (walau diikutkan aku ni jenis bukaan cepat and senang terbuka tapi sakit wooooooo); lalu lahirla baby aku walaupun forceps (vacuum).. Hehe alhamdulillah selamat lahir baby pertamaku pada hari rabu 21/11/12 pada jam 9.18 am yang kini dinamakan Muhammad. Nama yang paling indah :)

Perkara pertama yg terlintas dalam fikiran aku lepas je sedar dari ubat bius/ tido tu (husband minta doc tidokan je aku sbb kesian tgk wife dia agaknya, hehe) ; aku tanak bersalin dah..... Doc juga ada cakap yg aku ni mmg bukaan sgt mudah terbuka, sbb tu dia tak expect masa dtg check aku pagi tu da 8cm. Alhamdulillah syukur Allah permudahkan aku dari segi tu. Ada sesetengah tu yg menahan sakit sampai seharian. Walaupun Muhammad keluar dibantu oleh vacuum, tapi aku percaya Allah tu Maha Adil dgn memudahkan aku dari segi lain..