Monday 17 February 2014

Pengalaman Pertamaku Bersalin

Salam and hi...

Seperti yang dijanjikan, aku nak cerita pasal pengalaman bersalin. Untuk manfaat para isteri yang mungkin akan bergelar ibu tak lama lagi. Bukan apa, aku pun dulu sama la macam anda-anda semua ni. Maklumla belum pernah bersalin, jadi aku pun baca la blog sebanyak mungkin pasal pengalaman yg da bersalin ni (bunyi cam banyak je kan, hehe tp tak banyak mana pun) untuk mengutip ilmu :)

Disebabkan proses nak bersalin aku tu mudah (so citer pun pendek) hehe sudi tak korang baca dulu alkisah perjalanan aku mengandungkan Muhammad? Hehe tak sudi pun korang baca je lah eh... Aku first taw diri aku tu ngandung afta aku balik dari honeymoon tu. Macam biasa first trimester tu aku juga seperti kebanyakan ibu memgandung yg lain - muntah2. Aku makan masa tu selera je, tp mmg afta je makan, bila keluar je dari kedai (kes malas masak la ni.. Hehe) baru je nak bukak pintu keta tu aku mesti muntah.


Aku da muntah kat merata rata tempat da. Luar restoran nasi arab bangi kat jalan reko tu pun dah. Hehe huduh betul perangai..  So smpaila sekarang aku tak makan da nasi arab and also nasi berlauk sebab bau muntah lepas aku makan menda2 ni memangla maha dahsyat TT ... Masuk 2nd trimester pun cmtu jugak cuma alhamdulillah kurang la sikit muntah2.

Masuk 3rd trimester ni pun camtu la jugak.. And time ni jgk aku buat 4d scan. Tapi kiranya aku buat terlambat sikitla. Aku tak ingat seelok eloknya buat masa minggu yang ke 24 kot (actually aku pun tak ingat sangat, maybe lagi elok korang refer doc :)). Aku buat kat Umra Medical Centre kat Shah Alam. Umra charge dalam RM120.


Ha ni real pic 4d Muhammad. Sebenarnya bila baby korang da lahir, korang akan nampak dia mmg ada iras ngan pic 4d ni nanti :)

Ha tu kisah 4d scan. Ni aku nak citer pasal satu kisah felik yg berlaku kat aku atau mungkin ibu mengandung lain. Masa tu kandungan aku mungkin da 6 atau 7 bulan. Aku ni kan cikgu sekolah swasta, waktu bersekolah habis 3.30 ptg dan guru2 boleh pulang pukul 4 ptg. Lambat sebab sekolah ni sekolah rendah agama, so budak2 kena solat zohor dulu sebelum balik. Sekolah rendah agama?? Hehe tidaklah aku mengajar tajwid, sirah dan mata pelajaran agama (diri sendiri tak cukup excellent lagi.. Huhu..), sekadar teacher english je aku ni.. Senang citer aku ngaja kat Al-Amin Bangi. 

Berbalik pada kisah felik tadi. Aku drive keluar tol Bangi nak balik uma aku kat Bukit Mahkota. Dan kebetulan hari tu aku ada routine check up kencing manis every 2 weeks tu sbb aku disahkan mengidap kencing manis org mengandung. So ni sesi nak amek darah kul 4.30 ptg. Tapi time tu masa aku masuk tol Putra Mahkota tu aku tgk jam  baru 4.15 ptg (hehe ni bwk keta laju ke cabut keluar awal???). So aku decide nak tunggu asar n solat kat RnR yg ada selepas kita bayar tol tu. 

Sedang aku solat masa tu raka'at kedua gitu tiba2 hidung aku berdarah. Oh ni bukan darah cam biasa tu and aku jgk bukan la jenis kalau berpanas hidung berdarah. Lagi teruk darah yg kuar ni macam air paip. Yes this is real. Macam korang turn kepala paip tu, air keluar laju. Aku terkejut and darah makin banyak atas telekung jadi aku terus stop solat. Aku pun pakai kasut and keluar. Mamat bangla yg tengah menyapu terkejut tengok aku berdarah sebab aku tadah ngan telekung and telekung tu teramat la penuh dengan darah and of course bau pun hanyir. Ada gak pakcik yg benti nak solat agaknya nampak aku camtu terus datang and tanya kenapa (agaknya kesian tgk dgn keadaan aku yg pregnant and sorang2 ditambah plak berdarah darah bagai). Aku just cakap aku ok. Aku nak call husband aku pun tak bley sbb susah nak bercakap dlm keadaan gitu. Aku pun dgn tenangnya (cewah!!) drive pegi klinik kesihatan sbb mmg nak pegi sana pun kannnnn.. Hehe..

Masuk je klinik, nurses semua terkejut tgk. Baju aku penuh dgn darah tapi nasib baikla masa tu aku pakai jubah biru gelap. Nurse terus tanya "sarah kenapa ni??". (Da kenal sbb aku check up situ). Aku jawab tak tahu. Tiba2 je. Then diorg tanya aku ada jatuh ke pape la. Terhantuk ke. Aku cakap takde. Eh korang aku da tak larat la nak taip.. Pendekkan citer after diorang da tekap ais kat hidung aku tp darah tetap mengalir, diorang decide hantar aku refer ke serdang. And aku kena naik ambulance sbb darah tamau stop. Hb aku memang drop. Pagi tadi hb aku 12. something and drop jadi 10. something.

Nurse offer tlg call husband aku. Husband masa tu tgh cat uma kitorang yg baru dapat kunci (and in the mean time kami sewa kat bukit mahkota tu). Nurse ckp xsempat tunggu husband and kitorg gerak dulu. Jmpa husband kat serdang. Smpai serdang aku admit kat emergency. Refer bahagian pakar hidung. Rupanya kes camni mmg ada jadi kat ibu mengandung cumanya nisbah 1/100000. Yes sgt rare. Doc da masuk camera dlm hidung and secut darah beku semua. Sakit wooooooo.... Doc cakap ibu mengandung salur darah mengembang. Jadi kes camni mmg ada. And sebabnya darah aku susah nak beku. Erm aku ada kekurangan sel darah ( which i cant recall kurang yg merah atau putih). So sbb tu tekap ngan ais pun dia tanak beku.. Huhu.. Patutla aku mudah lebam walaupun cuma sujud waktu solat..

Hehe korang aku sambung citer pasal bersalin dalam next entry eh.. Hehe penat plak menaip.. Adam pun da panggil tu... Hehe..

Wassalam...

Tuesday 4 February 2014

Aaaaaaa......

Salam..

Ya Allah lama ya tak menaip dah.. Well lepas je kawen aku terus je jadi teacher (cikgu english la konon). Mesti korang fikir aku ni jadi cikgu je tapi macam busy sgt nak update blog kan. Actually jadi cikgu skolah swasta, lepas waktu skolah ada usrah, meeting bagai. Balik umah plak sibuk siapkan PnP.. Emm kalau da ngajar budak darjah 1 & 2 memang gini la gayanya..

Okla tamau citer pasal kehidupan harian aku. Bukan korang nak tahu pun kan.. So after aku kawen bulan 11 tahun 2011 tu, aku pregnant dalam bulan 2 gitu. Aku pegi honeymoon tu around bulan 2 gak tak silap aku (tak ingat sangat da, benda da banyak tahun.. Walaupun tak banyak sangat tahun pun..huhu). Ingat lagi sebelum pegi UK tu ada buat pregnancy test yg pakai urine buat sendiri kat uma tu kan. Saje nak cek sebab nak tahu jugak. Kalau time tu pregnant tak bolehla nak jalan lasak2 sangat kan. Early pregnany kan kandungan tu fragile.

Tapi test tu negatif. Ofkos la aku agak feeling sedih2 gitu tapi fikir positif; bolehla jalan kaw2 kat sana nanti tanpa mengenal lelah dan jemu gitu. So pegi sana seminggu and second last day sebelum me n my fighter (nape plak aku panggil suami aku gini?? Cer tengok nama suami aku kat column tepi ni.....) nak balik sini, tetiba lah kan... Ada orang tu muntah2.. Hu.... Ye, cam dalam drama melayu plak kan asal mengandung je muntah2. Tapi ni la yg jadi kat aku.

Kebetulan masa tu stay kat uma kawan hubby aku ni. Ha mula la diorang usik2 bagai.. And aku ofkos la malu2 biawak.. Hehe.. So bila balik malaysia galak la nak buat test tu lagi skali. Kali ni hubby siap beli dua tester tu. First buat second line tu macam kabur2 and aku pun pujuk hati supaya jangan konpiden sgt. Tanakla frust menonggeng kan.... Then second test aku buat esok pagi sebab aku pernah baca kalau nak efektif sikit menda tu, lagi recommended guna first urine masa baru bangun tido. So itula yang aku buat and.... Hehe yes memang positif. And kalau korang nak tahu atau tanak tahu pun ikut suka la, aku actually pregnant sebelum pegi UK lagi ;)
*Alhamdulillah*

Ok so skipped a few chapter of my life (inshaallah kisah mengandung and pengalaman bersalin akan aku ceritakan dalam entry lain k, sape nak baca satu entry yang panjang berjela nak muntah koootttt), now after dua tahun da kawen, aku da pun ada dua anak (and dua tahun gak la tak merasa sambut anniversary cam dalam romantika tu sebabnya masa tarikh anniversary aku dok sarat..huhu). Anak aku dua2 lelaki. So sekarang hiduplah aku di dalam sebuah rumah bersama 3 heroku...

;)